Siakap Keli
Gambar: Instagram

Bayi Telah Berjaya Dikeluarkan Cuma Sarah Kriktikal – Shuib

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan seorang bayi kira-kira pukul 4 petang tadi.

Shuib bagaimanapun berkata, tahap kesihatan isterinya itu masih tidak stabil dan kini berada dalam keadaan agak kritikal.

“Alhamdulillah pukul 4 lebih bayi telah pun berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir (secara) pra-matang. Cuma keadaan Sarah agak kritikal.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan COVID dipermudahkan urusan, amin,” katanya melalui entri dimuat naik di Instagram (IG) hari ini.

BACA: “Jangan ‘Tidur’ Lama-Lama Sayang, Kami Semua Tunggu Di Rumah..” – Shuib

Sebelum itu, Siti Sarah telah dikejarkan ke hospital Rabu lalu berikutan tahap oksigen yang semakin menurun akibat jangkitan Covid-19.

Dia yang juga hamil tujuh bulan terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membolehkannya berehat.

Mengimbas kembali, Siti Sarah, suami dan tiga anak mereka disahkan positif virus berkenaan pada 27 Julai lalu.

Mereka sekeluarga mengambil ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumah mereka disahkan dijangkiti virus tersebut pada 25 Julai lalu.

Sumber: Instagram Shuib 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.