Siakap Keli
Gambar: Channel News Asia/Bernama

Noraini ‘Resign’, Maszlee Ucap ‘Tahniah’

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas peletakan jawatannya sebentar tadi.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen (Bebas) Simpang Renggam, Johor itu menyampaikan ucapan tersebut menerusi laman Twitter rasmi beliau.

“Tahniah Dato Dr. Noraini Ahmad,” tulisnya ringkas.

Ciapan ringkas itu bagaimanapun telah menarik perhatian warganet dengan meraih lebih 2,200 tanda ‘Likes’ dan 1,200 ‘Retweet’, hanya selepas beberapa minit dimuat naik.

Sebelum itu, Noraini telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta hari ini.

BACA: Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Letak Jawatan Selaku Menteri Pengajian Tinggi

Difahamkan, Ketua Wanita UMNO itu berbuat demikian adalah kerana akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Sumber: Twitter Dr. Maszlee Malik

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.