Siakap Keli
Gambar: Instagram Shuib

“Jangan ‘Tidur’ Lama-Lama Sayang, Kami Semua Tunggu Di Rumah..” – Shuib

Pelawak selebriti, Shuib Sepahtu berharap isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang ditidurkan sejak semalam dapat ‘membuka matanya’ semula tidak lama lagi.

Shuib meluahkan sedemikian bersama sekeping foto ketika mereka mengerjakan ibadah di Mekah dahulu menerusi satu hantaran terkini di laman Instagramnya hari ini.

“Sayang, i tahu you dah buat yang terbaik. You dah fight sampai anak kita dah selamat pun dilahirkan. Ayash Affan dah buka mata, kaki dah tendang-tendang, tangan dah gerak.

“Syukur Alhamdulillah dan sekarang you penat dan sedang tidur. Tapi jangan tidur lama-lama eh sayang. I, anak-anak dan family semua rindu you. Semua menunggu you dekat rumah sayang.

“Jangan tidur lama sangat tau, kuatkan semangat dan buka mata okay. Love you sayang @sitisarahraisuddin. Mohon semua terus mendoakan Sarah ya,” katanya dalam hantaran tersebut.

BACA: Bayi Telah Berjaya Dikeluarkan Cuma Sarah Kriktikal – Shuib

Semalam, Siti Sarah yang juga sedang dijangkiti Covid-19 terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi di sebuah hospital berikutan kekurangan oksigen.

Dalam masa sama, zuriat mereka yang dikandungkan Sarah juga selamat dilahirkan secara pembedahan pada usia tujuh bulan semalam.

Mengimbas kembali, Shuib, Siti Sarah dan tiga cahaya mata mereka disahkan positif jangkitan virus tersebut pada 27 Julai lalu.

Sumber: Instagram Shuib

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.