Siakap Keli

(Video) Kecoh Netizen Malaysia ‘Serang’ IG Jack Carlin, Pengulas Sukan Beri Pesanan

Kejadian pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terjatuh akibat dilanggar semasa perlumbaan tadi mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun kemalangan yang tidak dijangka itu dipercayai telah menimbulkan rasa ‘kurang senang’ dalam kalangan segelintir rakyat Malaysia terhadap salah seorang pelumba, Jack Carlin.

Justeru, difahamkan ada netizen yang mula membuat serangan siber ke atas Instagram peribadi pelumba Scotland terbabit dengan menghantar komentar-komentar berbaur kecaman.

Namun tindakan melulu segelintir netizen tersebut tidak dipersetujui ramai. Antara yang menyuarakan rasa kesal ini adalah pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad.

“Nampak ada di kalangan peminat attack personal pula untuk Jack Carlin punya IG (Instagram). Saya rasa tak perlu kot benda-benda macam ni,” katanya dalam satu video di Twitternya hari ini.

Antara komen netizen di IG Jack Carlin.

Selain itu, menurut seorang lagi pengulas, kejadian perlanggaran seperti ini adalah lumrah dalam acara basikal trek dan sememangnya tidak boleh dijangka.

Malah baginya, tindakan netizen yang menyerang media sosial pelumba berkenaan tidak wajar dilakukan.

“Dia sebenarnya perkara macam ni, jatuh accident dalam gelanggang ni, perkara yang biasa. Bukan nak dirangka, benda yang tak boleh dielak.

“Saya rasa kita hentikanlah. Kita tunjuk semangat kesukanan tinggi kita, penyokong atlet kita dan juga kita respect pada pihak lawan,” jelas pengulas tersebut.

Sehubungan itu, Hafizal menasihatkan agar tindakan tersebut dihentikan dan turut memberi analogi sekiranya insiden yang sama berlaku pada atlet negara pula.

Malah jelas mereka, walaupun atlet-atlet basikal trek ini berentap bersungguh-sungguh semasa perlawanan, namun di luar mereka sebenarnya berkawan seperti biasa.

“Diorang kawan baik sebenarnya, especially untuk perlumbaan trek yang dia punya pit tu anda boleh lihat sendiri..rapat antara satu sama lain.

“Mereka sebenarnya boleh berbincang macam-macam dalam keadaan seperti itu. Jadi stop eh, tolong stop. Hentikanlah,” rayu kedua-dua pengulas berkenaan.

Sumber: Twitter Hafizal Hamad

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.