Kehadiran kucing sememangnya sedikit sebanyak boleh menghilangkan tekanan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang. Manakan tidak, akan ada saja telatah mereka yang membuatkan kita terhibur.
Sama seperti dua ekor si comel di dalam video yang tular di Twitter ini. Kucing yang berwarna hitam dan kelabu itu dilihat seperti adik-beradik yang sentiasa ‘membuli’ di antara satu sama lain.
Menerusi video tersebut, kucing kelabu dilihat sedang meminum atau menjilat susu dengan penuh ‘ketekunan’ dan gelojoh sehingga susu tersebut tumpah di atas lantai.
Pun begitu, nampaknya kegolojohan si kelabu itu turut memberi kesan kepada si hitam.
Dengan ekpresi yang keliru dan mungkin sedikit ‘geram’, si hitam dilihat terkejut kerana susu tersebut telah terpercik pada wajahnya.
Telatah mereka yang bersahaja itu membuatkan ramai terhibur.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat satu juta tontonan dengan 90.1 ribu ulang kicau di Twitter.
ไปเจอคลิปนี้มาอย่างฮา🤣 pic.twitter.com/BTCLkbt5oH
— First Class (@piyangkull) August 4, 2021
Sumber: piyangkull