Siakap Keli
Gambar: Bernama

Ditanya Kenapa Golongan Bujang Belum Dibenarkan Rentas Negeri, Ini Jawapan Hishammuddin

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin berpendapat risiko untuk membenarkan golongan bujang merentas negeri adalah lebih tinggi berikutan jumlah mereka yang terlalu ramai, lapor Bernama.

“Saya tahu ini soal kekeluargaan yang merupakan satu persoalan yang bukan mudah untuk kita putuskan,” katanya.

“Tapi bila kita lihat pada risikonya untuk membenarkan mereka yang bujang ini merentas negeri, jumlahnya begitu besar.

“Untuk peringkat awal ini kita hanya benarkan mereka, ibubapa yang mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah yang tinggal berasingan (untuk rentas negeri).

Jelasnya, perkara itu diputuskan berdasarkan kedudukan serta kesejahteraan mental dan kekeluargaan selepas masing-masing berhadapan sekatan sejak sekian lama.

“Untuk peringkat awal ini, kita hanya membenarkan ibu bapa yang bimbang dan yang ada anak umur 18 tahun ke bawah yang tinggal berasingan. Biar kita temukan mereka. Ini bagi saya keputusan yang bukan bersandarkan ekonomi atau kesihatan pun, ini berkisarkan kedudukan mental.

“Kalau ini dapat dijayakan dan jumlah yang kita tengok daripada keputusan ini tidak membuatkan jumlah (kes) COVID-19 meningkat, jadi tiada sebab untuk masa-masa akan datang bagi kita perluaskannya kepada mereka yang bujang yang tertanya-tanya sekarang,” katanya.

“Jika kita buka kepada semua orang bujang, jumlahnya terlalu besar dan risiko terlalu tinggi. Itu mungkin menimbulkan masalah lain jika tiada disiplin, tidak patuh SOP, kita tak mampu memantau dan kuatkuasa apa yang telah diumumkan,” katanya.

Sumber: Hishamuddin Hussein, Bernama

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.