Siakap Keli

Elak Makan, Minum, Merokok, Vape Dan Berus Gigi, 30 Minit Sebelum Buat Ujian ‘Saliva’ Covid-19 – Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang kita lihat, trend penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat negara ini masih belum reda. Jadi, orang ramai perlu kekalkan SOP yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk menjaga jarak dan duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Dalam usaha untuk mengekang penularan wabak ini, KKM juga telah meluluskan penggunaan ujian kit kendiri Covid-19 untuk membantu mengurangkan beban para barisan hadapan.

Jadi, ramai yang telah menggunakan ujian kit tersebut tetapi adakah betul cara penggunaan kita itu? Jadi, SK nak kongsikan daripada laman Twitter Dr Nimelesh tentang satu tips dan ‘pantang larang’ sebelum membuat ujian kendiri di rumah.

“Jangan mengunyah apa apa juga selama 30 minit sebelum saringan.”

Kalau nak buat ujian air liur (saliva) covid-19, elakkan makan, minum , merokok, vape dan berus gigi sekurang kurangnya 30 minit sebelum nak mengambil sampel.

Semoga dengan adanya kit ujian ini, ia dapat mengurangkan beban para pekerja kesihatan serta dapat membendung penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

 

Sumber: Dr Nimelesh

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.