Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seperti yang kita lihat, trend penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat negara ini masih belum reda. Jadi, orang ramai perlu kekalkan SOP yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk menjaga jarak dan duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.
Dalam usaha untuk mengekang penularan wabak ini, KKM juga telah meluluskan penggunaan ujian kit kendiri Covid-19 untuk membantu mengurangkan beban para barisan hadapan.
Jadi, ramai yang telah menggunakan ujian kit tersebut tetapi adakah betul cara penggunaan kita itu? Jadi, SK nak kongsikan daripada laman Twitter Dr Nimelesh tentang satu tips dan ‘pantang larang’ sebelum membuat ujian kendiri di rumah.
Kalau nak buat ujian air liur (saliva) covid-19, elakkan makan, minum , merokok, vape dan berus gigi sekurang kurangnya 30 minit sebelum nak mengambil sampel.
Semoga dengan adanya kit ujian ini, ia dapat mengurangkan beban para pekerja kesihatan serta dapat membendung penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.
Sumber: Dr Nimelesh