Telefon pintar sememangnya sentiasa menjadi perhatian ramai pengguna terutamanya apabila keluaran model terbaru dilancarkan. Seperti peranti jenama OPPO yang menjadi pilihan rata-rata pengguna di Malaysia, pelbagai kemudahan dan ciri-ciri dapat dinikmati sekiranya memilikinya. ‘Persembahan’ dari peranti OPPO yang sentiasa memudahkan pengguna dengan ciri-ciri yang canggih merupakan faktor jenama ini sentiasa menjadi pilihan.
Jika sebelum ini pelancaran OPPO Reno 6 Series 5G mendapat sambutan baik dari peminat dengan jualan ‘pre-order’, pastinya yang terbaru ini akan lebih meriah. Kini, telefon pintar itu akan mula dijual secara rasmi pada 14 Ogos dengan pelbagai hadiah percuma menarik yang bernilai sehingga RM620. Untuk pelanggan pertama yang bertuah, OPPO juga akan memberi giveaway Mighty Mug + Set Kulinari yang bernilai RM159.
Antara hadiah yang menanti menarik yang menanti anda adalah seperti Perkhidmatan Cloud HeyTap 1 tahun dengan ruangan storan 1TB bernilai RM343, Powerbank bernilai RM99, Bluetooth Speaker bernilai RM99, Smart Tag bernilai RM79, sehingga RM100 kod promo, RM30 baucar Shopee dan banyak lagi.
Antara terbaru yang menjadi bualan ramai ialah OPPO Reno6 Z yang didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri baharu yang begitu canggih.
Reno6 Series First Sales Portrait Carnival
Bercakap mengenai OPPO Reno6 Z ini, Min nak kongsikan yang sebenarnya korang boleh memiliki telefon pintar ini dengan potongan harga tinggi dan juga siap boleh bawa balik hadiah bernilai sehingga ribuan ringgit. Kalau korang nak tahu, tawaran kod promo dan hadiah yang bakal menjadi milik korang boleh didapatkan semasa Reno6 Series First Sales Portrait Carnival yang bakal berlangsung pada 14 Ogos ini dan boleh ditonton melalui Facebook rasmi OPPO dan juga kedai rasmi di Shopee Live. Lebih menarik lagi, karnival tersebut juga akan menglibatkan selebriti terkenal antaranya ialah Khai Bahar, Stacy, Wany Hasrita, Amir Masdi dan ramai lagi.
Pelbagai hadiah dan ganjaran yang korang boleh dapatkan semasa karnival tersebut dan antaranya ialah kod promo bagi tiga jenis peranti dan hadiah berjumlah lebih RM6 ribu.
Menang 2 unit OPPO Reno6 Z berjumlah RM3,398
Semasa karnival tersebut, antara hadiah yang menanti anda ialah sebanyak 10 unit OPPO Enco Air yang berjumlah RM2,990 dan juga sebanyak 2 unit OPPO Reno6 Z berjumlah RM3,398. Secara keseluruhannya, korang berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah sebanyak RM6,388. Caranya mudah sahaja, korang kena join Min layan Reno6 Series First Sales Portrait Carnival pada hari Sabtu depan (14 Ogos) untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dan menikmati kod promo dengan jumlah yang tinggi.
Potongan harga melalui kod promo
Bukan setakat itu sahaja, korang juga boleh menikmati potongan harga berjumlah RM40,000 melalui promo kod yang akan diberikan kepada korang semua. Menarik bukan? Antara peranti yang akan ditawarkan potongan harga ialah seperti berikut:
OPPO Reno6 = RM200 off
OPPO Reno6 Z = RM150 off
OPPO Enco Air = RM50 off
Benda dah terhidang, tak kan la korang nak lepaskan peluang. Sampai RM200 potongan harga untuk korang menikmati produk OPPO. Lebih meriah, lima selebriti terkenal akan menemani anda pada malam itu untuk anda mendapatkan potongan harga ‘gila-gila’ dari OPPO ni.
Berbaloi ke OPPO Reno6 Z? Kualiti kamera yang bertaraf profesional
Mungkin itu yang menjadi persoalan dalam fikiran anda. Takpa, biar Min bantu korang mengenali telefon pintar terbaharu daripada OPPO ini. OPPO Reno6 Z telah dilengkapi dengan Bokeh Flare Potrait yang boleh digunakan bagi kedua-dua kamera sama ada di hadapan dan juga di belakang. Lebih menarik, dengan hanya satu klik, ciri ini akan secara automatik mengubah cahaya latar anda dan menghasilkan gambar yang berkualiti profesional.
Selain itu, OPPO Reno6 Z ini juga didatangkan dengan kamera berkualiti tinggi pada lensa utamanya sehingga boleh menghasilkan foto dengan resolusi sehingga 108 megapixel. Penggunaan Image Clear Engine dan juga sensor suhu warna juga membolehkan lensa memberi penekanan ketika korang mula membuka kamera.
AI Palette dan Potrait Beautification Video ciri istimewa OPPO Reno6 Z
Penggunaan AI Palette juga antara kelebihan bagi OPPO Reno6 Z kerana boleh memudahkan korang untuk menggunakan stail potret kegemaran ke dalam gambar dengan hanya satu klik.
Gambar: AI Palette
Bukan setakat memberi penekanan terhadap foto sahaja, tetapi peranti canggih ini dengan Potrait Beautification Video akan memberikan kesan ‘beauty‘ yang halus dan semula jadi ketika merakam video. Kegusaran pada wajah tidak lagi menjadi masalah dengan ciri ini yang tetap mengekalkan ciri semula jadi wajah, warna kulit, leher, lengan dan mencerahkan mata untuk menghasilkan foto yang sungguh istimewa.
Gambar: Potrait Beautification Video
OPPO Enco Air
Seperti yang diperkatakan di atas, OPPO Enco Air yang tersenarai sebagai ‘giveaway‘ pada karnival itu juga mempunyai kelebihan yang tidak disangka-sangka. Apa tidaknya, peranti ini mempunyai reka bentuk yang sangat mesra pengguna yang menjanjikan keselasaan dan kepuasan ketika menggunakannya. Tambahan lagi dengan audio berkualiti dengan saluran penambah bass khas dan pemacu titanium komposit 122, ‘earphone’ ini memberikan kombinasi seimbang antara nada bass tebal dan kuat, disertakan dengan treble yang memberikan audio lebih terperinci dan berkualiti.
Selain itu, pengecas pantas dan bateri yang tahan lama juga sangat sesuai buat pengguna yang bimbang dengan hayat bateri. Korang juga boleh menggunakannya sehingga 8 jam dengan hanya mengecas sekitar 10 minit.
‘Promo Code’ berjumlah Rm40,000 & menang OPPO Reno6 Z bakal jadi milik korang
Sudah jelas, OPPO Reno6 Z sememangnya mempunyai pelbagai ciri-ciri dan kelebihan sebagai telefon pintar yang tercanggih ketika ini. Pasti ramai yang ingin memilikinya dan kalau bertuah, boleh dapatkan sebagai hadiah kerana OPPO nak buat ‘giveaway’ termasuk dua unit OPPO Reno6 Z ketika karnival yang bakal berlangsung pada 14 Ogos ini.
Jadi, apa alasan korang untuk lepaskan peluang ini? Sudah terhidang, tinggal untuk dimiliki oleh korang sahaja. Jadi jangan lupa untuk menonton persembahan menarik dan tawaran hebat pada 14 Ogos tepat jam 8 malam. Untung-untung korang boleh menang OPPO Reno6 Z dan juga Enco Air TWS berjumlah RM6,338.