Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

(Video) Air Naik Paras Pinggang, Tular Gelagat Anjing Tolong Wanita Tolak Kereta Dalam Banjir

Tragedi banjir sememangnya boleh mendatangkan pelbagai kesukaran kepada manusia dan juga haiwan. Apa tidaknya, menenggelamkan jalan membuatkan kenderaan tidak dapat berfungsi dengan baik, malah ada yang terperangkap.

Tular satu rakaman ketika banjir di Glasgow memaparkan seorang wanita sedang menolak sebuah kereta di dalam air. Namun, apa yang menariknya apabila terdapat seekor anjing yang turut sama menolak kereta tersebut ke depan.

Rakaman itu telah menarik perhatian ramai orang yang teruja dengan gelagat anjing tersebut. Dalam klip tersebut, wanita bernama Lori Gilies dilihat berpakaian kalis air sedang tenggelam di dalam air sehingga paras pinggang cuba menolak kereta meredah banjir di Glasgow bersama anjingnya, Puck.

Pengalaman itu diceritakan oleh seorang lelaki yang memerhatikan dari tingkap berdekatan dengan berkata ‘Adakah anda telah menurunkan brek tangan?’.

Setelah melihat rakaman dirinya tular, lori memaklumkan dia hanya membantu untuk menolak kereta tersebut untuk ke kawasan yang lebih kering.

Britain dilaporkan sedang bersiap menghadapi hujan, ribut petir dan kemungkinan banjir pada hari itu, ketika musim panas yang lembap dan suram berterus, memetik laporan Daily Mail.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.