Macam kanak-kanak. Itulah yang boleh digambarkan terhadap seekor kucing yang dibawa ke kedai haiwan, namun tidak mahu pulang.
Dalam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, seekor kucing dilihat sedang berbaring di atas lantai dan sedang dipujuk oleh dua individu. Melihat gelagatnya seakan tidak mahu berganjak dan juga riak wajahnya seakan merajuk, kucing itu dikatakan tidak mahu balik dari kedai tersebut.
Sehinggalah seorang lelaki mengangkat dan mendukungnya, kucing itu kelihatan seakan pasrah terpaksa pulang ke rumah. Mungkin nak lepak di petshop sebab semua yang diperlukannya ada di sana.
@luffy.lupitong2017 Gamau pulang di petshop
Gelagat comel kucing tersebut telah menarik perhatian ramai orang yang terhibur dengannya. Rakaman yang dimuat naik tiga hari lalu itu telah mencecah lebih 1 juta tontonan sehingga artikel ini ditulis.
Melihat kepada respon dari warganet, ada yang menyamakan dengan kanak-kanak yang tidak mahu pulang setelah masuk ke kedai mainan. Selain itu, ada yang berpendapat bahawa kucing itu mahu terus berada di situ kerana banyak keperluannya terdapat di kedai itu.
Sumber: luffy.lupiton2017