Selama ini, mungkin kita pernah mendengar mengenai penternakan ikan, ayam atau kambing. Tetapi, jarang kita dengar mengenai penternakan lalat.
Jangan hairan kerana penternakan lalat ini dijadikan sebagai cita-cita oleh seorang pemuda di Indonesia ini.
Pada awalnya, cita-citanya itu ditentang oleh kedua ibu bapanya, namun siapa sangka dia kini berjaya dengan menternak lalat dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan.
Memetik laporan dari Suara.com, lelaki itu memuatnaik video mengenai perjalanan cita-citanya di laman TikTok.
Menerusi salah satu videonya, lelaki itu mengatakan bahawa ibunya pernah bertanya mengenai masa depannya. Dia lantas memberitahu ibunya bahawa dia ingin memulakan perniagaan penternakan lalat.
Mungkin merasakan bahawa jawapan lelaki itu sebagai main-main dan tidak masuk akal, ibunya dikatakan mengambil penyapu dan ‘mengetuknya’.
Sejak dari itu, lelaki tersebut terus berusaha dan akhirnya dapat membuktikan kepada ibunya bahawa penternakan lalat ini benar-benar boleh membuahkan hasil dan menjadikannya orang yang berjaya.
Sehingga kini, videonya itu telah mendapat lebih 17 juta tontonan di TikTok dan juga dihujani dengan komen-komen yang kagum dengan usahanya.
@pedulilingkungan Awalnya sih auto di gampar ama ortu, sekarang d sayang 🤗
Sumber: Suara.com, pedulilingkungan