Siakap Keli

(Video) Viral Dipercayai Warga Turki Berlutut Tanda Syukur, Hujan Turun Basahkan Bumi Turki Sedang ‘Terbakar’

Hujung bulan lalu, Turki menghadapi bencana kebakaran yang teruk sehingga mengorbankan lapan nyawa dan memusnahkan kediaman penduduk.

Pun begitu, kebakaran di beberapa wilayah tidak bertahan dalam tempoh yang lama dan akhirnya terhenti disebabkan hujan yang turun pada 7 Ogos lalu.

Sebahagian besar kebakaran juga dikendalikan dengan baik berkat usaha pasukan bomba Turki.

Menurut Hurriyet Daily News, pasukan bomba bekerja keras melindungi loji janakuasa termal  dan kawasan pelancongan di Mugla yang memperlihatkan sebanyak 15 kebakaran hutan telah meletus.

Sementara itu, hujan yang turun menjadi rahmat yang sangat besar buat penduduk tempatan terutama di wilayah selatan Antalya yang sangat gembira setelah hujan turun di daerah Manvgat dan Ibradi.

Media sosial juga dipenuhi dengan gambar-gambar dan video yang mendakwa bahawa penduduk sedang meraikan hujan yang turun. Ada di antara mereka yang dilihat berlutut dan berdoa tanda kesyukuran.

Hujan yang berlangsung selama 20 minit itu juga membantu memadamkan kebakaran hutan di kawasan Ormana dan Kalemler.

Bagaimanapun, kebakaran di wilayah Koycegiz, Kavaklidere, Milas, Yatagan dan Cine masih lagi berlarutan, lapor Hurriyet Daily News.

Sumber: Hurriyet Daily News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.