Siakap Keli

”Ayam Kena Lap Sampai Kering..” Tauke Burger Ini Ajar Cara Buat ‘Grilled Chicken Burger’ Terlajak Sedap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Burger ialah salah satu makanan Barat yang paling digemari rakyat Malaysia. Tidak kiralah sama ada dari burger di restoran berjenama besar hinggalah ke gerai tepi jalan, semuanya sangat sedap dan ‘kena’ dengan tekak kita.

Biasanya burger yang sering dicari pelanggan ialah burger ayam atau daging biasa; ayam atau daging special (telur); ayam atau daging special cheese (telur + keju) atau yang paling ringkas, benjo (telur saja).

Tapi satu lagi burger yang cukup digemari ialah grilled chicken burger. Grilled chicken burger atau GCB ini ada dijual di restoran berjenama. Namun tidak salah kan kalau kita cuba buat sendiri di rumah?

Justeru, seorang ‘taukey’ burger, Ahmad Kitchen ada berkongsi resipi nak buat GCB versi ‘DIY’ di Facebooknya. Jom ikuti resipinya di bawah ini. Selamat mencuba.

Resipi Grilled Chicken Burger

Gambar: Ahmad Kitchen

Grilled Chicken Burger ni macam burger GCB kat M** tu jer. GCB tu maksudnya Grilled Chicken Burger. Petang ni aku nak kongsi resipi basic untuk perap & grill ayam. Ni resipi cara akulah, nak cuba boleh cuba.

Bahan-bahannya ialah:-

  • 2 ketul chicken chop saiz 11
  • 1 sudu besar onion powder
  • 1 sudu besar garlic powder
  • 1/2 sudu besar blackpepper (kisar)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu besar jus limau
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 kiub pati ayam Knoor
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu minyak (sebaiknya minyak zaitun)

**Nak sedap kena guna ayam chicken chop ye. Ayam basuh bersih dan lap sampai kering sebelum marinate.

Cara-cara membuatnya ialah:-

  1. Gaulkan semua bahan perap tadi dengan ayam. Perapkan semuanya selama 1 – 2 jam.
  2. Gunakan api sederhana kecil untuk memasak. Jangan guna api besar ye.
  3. Grill bahagian kulit dulu ke bawah selama 1 minit, kemudian alihkan dan ulang step ni setiap 1 – 2 minit berikutnya. Total waktu masak dalam 6 – 8 minit saja.
  4. Hidangkan dengan roti burger, sos blackpepper & sayuran yang korang suka.

Cadangan harga jualan sekitar RM8.50 ke atas untuk burger ni. Lain tempat lain kos ye geng. Pandai-pandai la korang adjust kos tu. Selamat mencuba! Resipi sos blackpepper aku dah share sebelum ni, slow-slow cari balik di wall aku ye.

Soal & jawab menarik

Sementara itu, perkongsian Ahmad Kitchen ini menerima maklum balas menarik daripada netizen, rata-rata mereka teruja untuk mencuba sendiri resipi ini.

Berikut di bawah adalah beberapa soalan dan jawapan yang menarik di ruangan komentar.

Antara bawang Holland dan India, mana lagi padu? – Fahiem

Lap ayam pakai apa? – Muhaimin

Sumber: Ahmad Kitchen

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.