Siakap Keli
Gambar Via The Phnom Penh Post

Percaya Mak Seorang Penyihir, Lelaki Tergamak Tembak Ibu Kandung Hingga Mati

Seorang lelaki di Kemboja dilaporkan telah tergamak membunuh ibu kandungnya sendiri kerana menyangkakan bahawa wanita yang melahirkannya itu merupakan seorang penyihir.

Menurut Kompas TV, lelaki itu membunuh ibunya yang berusia 62 tahun dengan menggunakan senjata buatan sendiri pada Rabu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kors Kralor, Pang Heang mengatakan bahawa lelaki itu bertindak sedemikian kerana ketagihan dadah dan tidak dapat mengawal dirinya.

Difahamkan, suspek telah tiba di rumah ibunya pada jam 11 malam.

Ketika ibunya membuka pintu, suspek yang berusia 22 tahun itu terus menembaknya di dada kiri. Tidak lama kemudian, mangsa meninggal dunia akibat dari kesan tembakan tersebut.

“Pada malam kejadian itu, suspek bingung dan mengalami halusinasi.

“Dia memiliki pistol udara untuk menembak ikan dan panah besi sepanjang 0.3 meter ketika dia menembak ibunya,” kata Heang.

Setelah menembak ibunya, suspek dikatakan telah melarikan diri dan bersembunyi di rumahnya. Namun, polis berjaya menemui dan menangkapnya tidak lama selepas itu, lapor The Phnom Penh Post.

“Suspek mengatakan bahawa dia menembak ibunya kerana menganggap wanita itu seorang penyihir dan mereka tidak boleh tinggal bersama. Itu yang menjadi punca dia membunuh ibunya,” ujar Heang.

Sumber: Kompas TV, The Phnom Penh Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.