Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Mendebarkan, Ular Agresif Ditemui ‘Menginap’ Atas Siling, Cuba Serang Lelaki Ketika Hendak Ditangkap

Sebelum ini mungkin kita pernah terbaca kes ular muncul di dalam mangkuk tandas dan menyerang individu yang sedang leka membuat ‘pelaburan’. Tak kurang juga, ada yang memilih untuk bersembunyi di dalam ruangan pendingin hawa, alang rumah mahupun di atas siling.

Sepertimana seekor ular gergasi yang sedang ‘berkampung’ di atas bumbung sebuah rumah di lokasi yang tidak dinyatakan.

Berdasarkan perkongsian Daily Mail, seorang lelaki telah membongkar sebahagian siling dan menarik ekor ular yang terdedah.

Penuh berhati-hati, dia mengeluarkan ular tersebut sehingga secara tiba-tiba bahagian siling yang lain turut runtuh bersama ular yang cukup besar.

Reptilia itu kemudiannya dilihat semakin agresif apabila berpusing sebelum cuba menyerang lelaki berkenaan. Bukan hanya sekali, namun berkali-kali ular tersebut cuba ‘mempertahankan dirinya’ sebelum badannya terjatuh ke lantai.

Rakaman mendebarkan lelaki berkenaan menangkap ular tersebut telah menarik perhatian ramai orang sehingga hampir 800 ribu tontonan setelah dikongsikan oleh Daily Mail.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.