Kalau nak cakap pasal drama, orang Malaysia ni memang antara peminat tegar. Apa tidaknya, pantang ada saja drama yang keluar, mesti akan layan sampai habis. Iya lah, kalau dah tengok episod yang pertama, mesti nak tahu apa akan jadi seterusnya. Tapi, kalau korang nak tahu, banyak ragam manusia yang layan drama ni.
Antaranya, terlalu feeling bila tengok drama yang menyentuh hati. Apatah lagi drama cinta, tisu memang tak cukuplah nak lap air mata. Tapi yang lebih menariknya, bukan hanya golongan wanita yang mengalami keadaan ini, tidak terkecuali lelaki pun sama bersedih. Jangan pelik pula, inilah sebenarnya bukti yang lelaki pun ada perasaan. Macam video yang dikongsikan oleh @attyrasaari kat laman Tiktok ni, lelaki pun menangis bila tengok drama yang merentap hati. Siap ada yang tak cukup nafas pulak tu.
Keluarga hati tisu macam ni lah, pantang tengok drama wajib kena sediakan tisu.
@attyrasaari Keluarga hati tisu macam ni lah, pantang tengok drama wajib kene sediakan tisu 😖🤣
Lain pula kalau yang suka layan Kdrama, entah bagaimana terus fasih boleh bercakap bahasa Korea. Ramai juga yang sudah tahu kalau layan drama Korea, pelbagai ekspresi dan riak wajah akan turut terikut dalam dunia sebenar. Itulah yang boleh digambarkan dalam video dikongsikan oleh @akkiddos yang memaparkan dua orang lelaki bertutur dalam bahasa Korea dipercayai kerana banyak tengok Kdrama.
@akiddos Bila banyak sangat tengok Kdrama HAHAHAHAHAA 🤣🤣
Ternyata, ramai kaki drama dalam kalangan rakyat Malaysia, namun ada juga yang tidak mengetahui ‘port’ mana nak layan drama yang best-best. Haa, ini yang Min nak kongsikan dengan korang ni, tak payah susah-susah cari dah, ‘port’ baik nak layan drama ni memang menyajikan pelbagai emosi dan konflik.
‘Drama Berganda-ganda’ boleh layan waktu ‘lockdown’
Kalau korang nak tahu, khas untuk pelanggan Astro, ‘Drama Berganda-ganda’ kembali lagi menyajikan pelbagai drama menarik untuk korang layan sampai habis. Tambah-tambah tengah ‘lockdown’ ni tiada kerja nak buat, korang boleh lah layan drama ni sampai ‘lebam’.
‘Setiap Rumah Ada Kisah’, itulah yang cuba dipamerkan dalam segmen istimewa ni sebab korang boleh layan pelbagai kisah yang ada unsur emosi, dendam, konflik dan banyak lagi.
Menariknya, korang boleh layan dari siaran Astro di rumah, ataupun terus strim melalui Ultra Box dan aplikasi Astro Go. Antara drama yang korang wajib tengok adalah ‘Scammer’ di siaran Astro Ria atau strim melalui Ultra Box dan Astro Go. Jangan risau sebab korang boleh layan segmen ‘Drama Berganda-ganda’ ni secara percuma menerusi penstriman Astro Go dan Ultra Box.
Selain tu, dalam tengah ‘lockdown’ kat Malaysia ni, apa kata korang layan juga drama ‘Lockdown’ yang disiarkan menerusi Astro Go dan Ultra Box secara percuma. Barulah boleh feeling dalam lockdown.
Peminat Kdrama janganlah risau sebab korang pun boleh layan drama Korea kesukaan korang kat segmen ‘Drama Berganda-ganda’ ni. Kalau tengok ni, tak kering gusi dibuatnya, tak cukup tisu layan sebab feeling sedih’. Siap ada yang pandai bercakap bahasa Korea lepas layan Kdrama.
Drama Korea yang korang patut layan adalah My Roommate is a Gumiho. Sama juga seperti yang lain, drama ini pu korang boleh strim di Ultra Box dan Astro Go secara percuma.
Tak cukup lagi? Kalau macam tu Min kongsikanlah senarai drama yang korang boleh layan dalam segmen ‘Drama Berganda-ganda’ yang sudah pasti boleh buat korang tak berhenti menontonnya.
- Lockdown | Ria, Isnin-Khamis | 11 malam, Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- Ancient Love Poetry | Setiap malam | Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- Scammer | Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- Love Elsa | Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- Final Destiny | Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- Murder Diary| Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- Ramarajan 2.0 | Vinemeen HD | Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- Youth of May | Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
- My Roommate is a Gumiho | Strim di Ultra Box & aplikasi Astro Go
Haa, tu Min dah senaraikan ‘Drama Berganda-ganda’ yang korang boleh layan. Cukup tak ? Takpa korang layan yang ni dulu sebab nanti mesti akan ada banyak lagi drama-drama yang best akan disiarkan tanpa henti.
Jangan lepaskan peluang pula tengok drama-drama yang dah tersedia untuk korang semua. Kalau dah tengok sekali, mesti melekat sampai menangis-nangis dibuatnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Drama Berganda-ganda’ ni, korang boleh layari Facebook Astro atau laman web Astro.