Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail dilaporkan telah meninggal dunia pada 14 Ogos hari ini. Berita kematian itu dilaporkan menerusi laman Facebook rasmi Masjid Negara pagi tadi.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Khisamudin bin Ismail, imam Masjid Negara yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Ogos 2021.
“Moga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi kehilangan insan tersayang. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” maklum kenyataan tersebut.
Salam takziah daripada Siakap Keli. Al-Fatihah.
Sumber: Facebook rasmi Masjid Negara