Siakap Keli
Gambar: Nor Azryana

“Nasiblah Kau Dapat Jiran Melayu..”, Terhibur, Tumis Cili Kat Balkoni Sampai Jiran ‘Mat Saleh’ Terbersin

Bagi sesiapa yang tinggal jauh di perantauan, khususnya di negara-negara Barat, pasti berpengalaman berjiran dengan ‘mat saleh’ kan? Sejak berjiran dengan mereka, mesti banyak perkara dan budaya baharu yang dapat kita kenali, antaranya cara hidup, berkomunikasi, kerja dan sebagainya.

Tapi apa yang diceritakan oleh warga Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, Nor Azryana ini memang cukup menggelikan hati. Apa tidaknya, gara-gara menumis cili (makanan Malaysia) di balkoni, asap tumis boleh ‘hinggap’ ke hidung jiran sampai terbersin mereka dibuatnya.

Jom ikuti perkongsian Nor Azryana di bawah ini.

“Nasiblah kau orang putih dapat jiran Melayu…”

Gambar: Nor Azryana

Dalam perkongsian tersebut, Nor Azryana menulis kapsyen seperti berikut:-

“Kisah harini, masak daging dendeng kat balkoni sebab ada orang dalam rumah complaint mata dia pedih masa saya tumis cili.

Tengah masak kat luar pulak terdengar bunyi orang terbersin-bersin, lepas tu cakap “Bau apa ni?!”. Nasib kaulah orang putih dapat jiran Melayu. Esok nak goreng ikan masin pulak hahaha.”

Perkongsian yang menggeletek hati itu meraih lebih 18,000 tanda ‘Likes’ selain turut dihujani kira-kira 800 komentar setakat artikel ini ditulis. Rata-rata netizen berasa terhibur dengan kisah itu.

Jom kita tengok apa kata netizen.

“Jiran ketuk pintu bagi warning..” – Badiuzzaman

“Dia tak tahu bini dia punya makanan tu, bangkai dia cakap hahaha” – Lydia

“Goreng ikan masin diorang cakap mayat dibakar” – Nooadawiah

“Member ingat goreng ‘burung’ sendiri..” – Izz

“Belacan lagi sedap dari beacon korang” – Emilio

Terhibur betul min baca komen satu-satu. Korang pulak pernah berjiran dengan mat saleh? Kongsilah sikit pengalaman kat ruang komentar ye.

Sumber: Nor Azryana melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.