Siakap Keli
Gambar Via Metro UK

Seakan-akan Mahu Bermegah & Menunjuk-nunjuk, Viral Foto Angsa ‘Belanja’ Skill Terbang Terbalik

Seekor angsa menunjukkan ‘tingkah laku’ pelik apabila dilihat terbang dalam keadaan terbalik.

Momen-momen ketika ia terbang dalam keadaan itu telah dirakam oleh jurugambar amatur, Vincent Cornelissen dan dimuatnaik di Instagram miliknya.

Menurut Metro UK, gambar angsa itu telah ditangkap di Arnhem, Belanda, pada bulan Mac yang lalu.

Gambar itu menjadi tular dan ramai netizen yang mempersoalkan tindakan haiwan itu serta adakah ia baik-baik saja.

Gambar Via Metro UK

Cornelissen meyakinkan mereka bahawa angsa tersebut berada dalam keadaan baik dan terbang terbalik untuk ‘menarik perhatian’ angsa lain.

Katanya, aksi yang dilakukan oleh angsa itu dikenali sebagai whiffling. Ia membolehkan haiwan itu turun dengan cepat dan dianggap sebagai pertahanan terhadap pemangsa.

“Mereka melakukannya untuk bermegah dengan rakan-rakan mereka.

“Bahkan, ada seorang profesor dari Universiti Istanbul yang menyunting gambar saya dengan anak panah untuk mengajar pelajarnya mengenai aerodinamik,” kata Cornelissen.

Sumber: Metro UK

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.