Siakap Keli

(Video) Sebak, Mak Dan Ayah Tunggu Jenazah Anak Tepi Jalan, Menangis Lambai Buat Kali Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitulah fitrah perjalanan kehidupan seorang manusia di dunia ini. Sama ada pengakhirannya baik mahupun ‘sebaliknya’, hanya catatan amal ketika hiduplah yang menjadi penentu.

Orang yang baik semasa hayatnya, tidak mustahil akan turut baik pada kematiannya. Dalam Islam, kematian yang baik sebegini disebut sebagai ‘Husnul khatimah’ yang membawa makna ‘pengakhiran yang baik’.

Demikianlah seperti apa yang berlaku pada kematian seorang hamba Allah ini. Memetik perkongsian di laman Facebook Mr. Wan Cai Official, arwah yang bernama Redzuan ini merupakan ahli keluarga penderma tegar bagi urusan fardu kifayah melibatkan kematian.

Mari ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Pengurusan terakhir untuk penyumbang utama Unit Khas Van Jenazah

Gambar: UKJV

Tugasan khas membantu pengurusan terakhir jenazah salah seorang penyumbang utama UKJV. Terima kasih kepada semua sukarelawan UKJV yang datang membantu.

Jenazah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Allahyarham Ahmad Redzuan bin Md. Tahir (gambar) adalah salah seorang ahli keluarga kepada pemilik bengkel Kualiti Rahmat Sdn. Bhd.

Bengkel ini antara penyumbang terawal dan penyumbang terbesar yang menaja kerosakan kenderaan-kenderaan milik UKJV. Segala kos kerosakan kenderaan kami telah ditaja sejak tiga tahun yang lalu oleh keluarga dermawan ini.

Tayar kenderaan milik kami juga turut menerima tajaan dari bengkel tersebut.

Gambar: UKJV

Sebagai mengenang jasa baik yang sudah ditaburkan kepada pihak UKJV, kami telah menggerakkan tiga team untuk menuntut jenazah di Hospital Pakar Kanak-Kanak Cheras.

Segala pengurusan terakhir untuk Allahyarham telah kami sudahkan dengan sebaik mungkin. Semoga amalan kebaikan yang dilakukan semasa hidupnya diterima Allah SWT.

Selagi bergeraknya kenderaan jihad kami, selagi itu bahagian untuk Allahyarham akan mengalir. InsyaAllah. Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

#UKJV_FIGHTER_COVID-19

Gambar: UKJV
Gambar: UKJV

Video lambaian terakhir pilu si ibu

Dalam pada itu, ‘babak’ lambaian terakhir daripada si ibu arwah sempena ‘perpisahan’ ini sungguh meruntun hati. Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Sedih melihat reaksi ibu arwah menangisi kematian anak lelaki tersayang..Melambai-lambai si ibu berulang kali kepada jasad anaknya..

Terlihat juga si bapa mengangkat kedua dua belah tangan membaca doa untuk Allahyarham..

Reaksi seorang adik lelaki Allahyarham turut mencuri tumpuan kami..

Kelihatan si adik berulang kali menyentuh plastik yang membaluti tubuh abang kesayangan..Sedih..

Tiga adik lelaki arwah kami berikan peluang menurunkan jenazah kedalam liang lahad..

Hayatilah video yang saya kongsikan ini..

Mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita menghadapi kematian sendiri..

Sumber: Mr Wan Cai Official

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.