Siakap Keli
Foto: Sadiqin Sulong

Nak Beli Playhouse Mahal, Ayah ‘Mandi Peluh’ Siapkan Pondok Untuk Anak-Anak Bermain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan kasih seorang ayah hingga ke syurga. Walaupun sesetengah ayah tidak menunjukkan kasih sayang kepada anak-anaknya tetapi setiap perlakuannya adalah pengorbanan untuk anak tercinta.

Sama seperti lelaki ini, sanggup menyediakan ‘pondok-pondok’ untuk anak-anak di rumah memandangkan harga untuk ‘playhouse’ agak mahal. Namun, kecekalan si ayah untuk gembirakan hati anak-anak tercapai apabila berjaya membina ‘playhouse’ secara diy.

Memandangkan perkongsiannya di laman Facebook mendapat perhatian ramai, jadi Saqidin Sulong ini sudi berkongsi langkah-langlah pembuatan dan bahan yang diperlukan untuk membina rumah ‘pondok’ ini.

Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.

Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar.

1. Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki. Pakai lantai plywood 18mm insyaallah tahan

2. Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.

3. Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas. Sebelum tu, kena sander dulu bagi licin.

4. Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera. Guna grinder mata mozek/konkrit ye.

5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.

6. Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse.

Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.

Semoga bermanfaat guys.

 

Sumber: Sadiqin Sulong

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.