Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat, Plaza Tol Kemuning Dinaiki Air
SHAH ALAM — Hujan lebat yang turun pada awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Shah Alam dilaporkan dilanda banjir kilat.
Dalam satu muat naik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), melaporkan air bertakung di lorong Plaza Tol Kemuning di Lebuhraya KESAS.
“Terdapat air bertakung di lorong Plaza Tol Kemuning. Lorong W01, W02, W03 ditutup sementara. Trafik perlahan,” maklum kenyataan itu.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan negeri yang telribat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Keadaan sama diramal berlaku di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Bentong).
Turut mengalami cuaca sama seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).
Sumber: LLM, Ramesh Kasi