Siakap Keli

Sekolah Akan Dibuka Mulai 3 Oktober 2021 Secara Berperingkat – Dr. Radzi

Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 3 Oktober ini.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu rakaman yang dikongsikan menerusi laman Facebook rasminya.

Katanya dalam rakaman video tersebut, pihak kementerian sudah mempunyai perancangan yang rapi sebelum mereka memilih plan manakah yang sesuai dengan keadaan semasa.

“Berdasarkan penelitian semasa, KPM telah membuat ketetapan bahawa pembukaan semula sekolah pada 3 Oktober 2021. Pembukaan ini akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan,” jelasnya lagi.

Dalam penjelasannya, bagaimanapun tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri yang masih diperingkat Fasa 1 Pelan Pemilihan Negara (PPN).

Percayalah, dalam setiap keputusan yang diambil oleh KPM, kami sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anak-anak.

Saya kongsikan penjelasan mengenai ketetapan terkini KPM tentang pembukaan sekolah.

Sumber: FB Dr Radzi Jidin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang