Siakap Keli

“Setiap Detik Adalah Amanah,” Dr Radzi Jidin Ucap Penghargaan Hari Terakhir Terajui KPM, Sempat Beri Penjelasan Isu Pertukaran Guru

Berikutan pembubaran Parlimen Malaysia semalam, rata-rata menteri menzahirkan ucapan penghargaan mereka atas peluang yang diberikan selama 18 bulan mentadbir negara.

Tidak ketinggalan, Dr Radzi Jidin yang menakhoda Kementerian Pendidikan Malaysia bersama warga KPM yang lain. Dalam satu kiriman sebentar tadi, beliau sempat mengucapkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri dan para guru atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah memberi kepercayaan kepada saya mengemudi sebuah kementerian yang memainkan peranan amat besar dalam membangunkan generasi pewaris negara,” tulisnya.

“Untuk guru-guru, terima kasih atas bakti dan keringat yang dicurahkan dalam tempoh sukar ini. Semua dalam kalangan kita tidak pernah melalui situasi sebegini, jadi kita sentiasa sama-sama berikhtiar untuk dapatkan penyelesaian terbaik.”

Menganggap setiap detik adalah amanah, beliau meletakkan dirinya setara dengan warga KPM yang lain, sebagai pekerja yang berkhidmat untuk negara.

“Saya telah menyatakan kepada warga KPM bahawa saya adalah seorang pekerja sepertimana mereka. “Yang membezakan kita cuma nama kerja saya iaitu, Menteri”.

“Saya mengabdikan diri sepenuhnya kepada urusan kementerian sepanjang 18 bulan yang lalu. Bagi saya, setiap detik itu adalah amanah yang perlu digunakan sebaiknya untuk melakukan penambahbaikan kepada ekosistem pendidikan negara,” tulisnya.

Terdahulu, dalam kirimannya semalam, beliau sempat memberi penjelasan berhubung permohonan pertukaran guru bagi tahun ini.

Jelasnya, KPM berhasrat menyelesaikan sebanyak mungkin permohonan pertukaran guru 2021 seiring pengambilan guru-guru baru, bergantung kepada beberapa aspek, antaranya kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

Tambahnya, selain itu, KPM juga akan membenarkan permohonan pertukaran guru sepanjang tahun selain beberapa penambahbaikan lain bagi isu ini. Tonton penjelasan beliau di bawah.

Sumber: Dr Radzi Jidin

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.