Selain menghias dengan dekorasi yang menarik, rumah kini rasanya tidak lengkap tanpa barang-barang atau peralatan yang memudahkan kehidupan seharian.
Bagi yang sering shopping online, korang mesti tahu kan banyak sebenarnya barang-barang rumah yang murah dan comel yang boleh dibeli di dalam platform itu.
Terkadang, boleh jadi ‘gila’ bila tengok barang-barang itu semua, kalau boleh semua nak dibeli.
Tambah-tambah lagi jika tengok video yang tular di TikTok ini, ramai yang kata video ini sangat ‘bahaya’ untuk ditonton sebab ‘meracun’ orang untuk membeli barang-barang kelengkapan di rumah.
Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa semua peralatan yang dimiliki oleh wanita itu cukup lengkap. Dari peralatan dalam bilik air sehingga ke ruang tamu dan dapur, setiap orang yang tengok pasti akan rasa ‘geram’.
Manakan tidak, semua peralatan tersebut sangat function dan memudahkan tugas-tugas seharian terutama untuk ibu-ibu atau suri rumah.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 5.2 juta tontonan di TikTok.
@tnbq103
Ramai netizen terutama dari golongan yang wanita yang teruja dan ‘cemburu’ tengok semua barang-barang yang terdapat di dalam video itu.
Sumber: tnbq103