Seekor penyu dilaporkan telah bertelur di Pantai Batu Burok pada malam tadi.
Menurut Bernama, kehadiran penyu di pantai yang menjadi tumpuan orang ramai itu sememangnya sudah sekian lama dinantikan.
Difahamkan, sebanyak 50 biji telur penyu itu telah dikutip oleh aktivis pemuliharaan penyu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
Kehadiran penyu itu mengujakan penduduk sekitar kerana difahamkan amat jarang sekali untuk penyu bertelur di pantai itu.
Seekor penyu bertelur di Pantai Batu Burok malam tadi. Kehadiran penyu di pantai yang menjadi tumpuan orang ramai itu sekian lama amat dinantikan.
Sebanyak 50 biji telur penyu itu dikutip aktivis pemuliharaan penyu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. pic.twitter.com/cYQ0t5g4e6
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2021
Penyu naik bertelur di belakang Hotel Primula Batu Buruk, mengikut info sudah dalam pemantauan Jabatan Perikanan.. Welcome back penyu!! jarang berlaku zaman lening..
📹 Bedi Khairi Zuhdi Khairuddin pic.twitter.com/GKDvoAxYfj
— TERENGGANU (@11Terengganu) August 16, 2021
Nature is healing!!! Penyu kembali mendarat di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu gais. Ada kata fake, ni haa buktinyaa.
p/s: Penyu Agar pic.twitter.com/ZdZo1GMsWT
— Ashraf (@ashraffarhsa) August 17, 2021
Sumber: Bernama