Siakap Keli

(Video) ”Semua Kedai, Hotel Naik ‘Hutan’, Terbengkalai..” Suasana Di Langkawi Sunyi Sepi Tanpa Pelancong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pulau Langkawi yang terletak di negeri jelapang padi, Kedah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang cukup popular di negara ini. Selain memiliki pantai Chenang, pulau ini juga sering ‘diburu’ oleh penggemar makanan bercoklat.

Dalam masa sama, Tugu Helang di pulau ini menjadi ikon utama.  Kehadiran kebanyakan pelancong ke sini bagaikan ‘tidak sah’ kalau tidak bergambar di dataran bersebelahan laut yang berlatarbelakangkan seekor helang ‘batu’ gergasi.

Bagaimanapun apabila pandemik Covid-19 mula ‘menyerang’ negara sejak awal tahun lepas, Pulau Langkawi yang dahulunya meriah dengan pelancong, kini semakin ‘mati’ perlahan-lahan. Apatah lagi keadaan tidak mengizinkan untuk pelancongan domestik berjalan.

Baru-baru ini, seorang peniaga, Larra Aida memuat naik beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan terkini di Langkawi. Berdasarkan video-video tersebut, kelihatan sejumlah deretan kedai di sana seakan-akan bertukar menjadi ‘bandar hantu’.

Selain itu, Pantai Chenang yang dahulunya sangat meriah dengan pengunjung, kini telah sunyi-sepi. Bak kata Larra Aida, ‘dah jadi macam pulau zombi’. Sangat lengang. Malah hotel-hotel di sana pun turut terkena tempiasnya.

Menginjak ke kawasan bandar pula, kata Larra, selama ini sekitar pukul 6 petang bandar itu sangat sesak dengan kenderaan pelancong yang datang untuk mencari coklat. Tapi kini, tidak lagi. Jom ikuti video-video Larra di bawah ini.

@larraaida6977

Balas kepada @miagojeskosmetik #fyppp #fyppppppppppppppppppppppp #tiktoktrending #tiktokmalaysia #tiktoktrending

♬ original sound – Larra Aida – Larra Aida

@larraaida6977

Balas kepada @azli2602 ha…semua kedai hotel naik hutan..terbengkalai…😥😥😥😥#fyp #FYPPPP #fypシ #tiktok #tiktokmalaysia #tiktoktrending

♬ original sound – Larra Aida – Larra Aida

@larraaida6977

Balas kepada @ijan_langkawi PANTAI CENANG KINI DALAM INGATAN#fyppppppppppppppppppppppp #fypppp #fypppp #tiktokmalaysia #tiktoktrending

♬ original sound – Larra Aida – Larra Aida

@larraaida6977

Balas kepada @yusran6519 ni kat jeti yang dulu x pernah sunyi😞#fyppp #fyppppppppppppppppppppppp #FYP #fypppppppppppppp

♬ original sound – Larra Aida – Larra Aida

Sumber: TikTok Larra Aida

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.