Bila bercakap tentang pusat peranginan, mesti ada yang pernah ‘disapa’ ketika bercuti kan? Tambah-tambah lagi apabila tempat tersebut sudah lama ditinggalkan tidak berpenghuni. Ye lah, sekarang ini kan banyak hotel dan resort terpaksa ditutup kerana tiada pengunjung dan pelancong.
Tipulah, kalau korang tak pernah alami pengalaman mistik di tempat peranginan sebab semua tempat ‘ada’ cuma dengan bernasib baik atau tidak sahaja.
Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon berbadan kecil molek, Bella Astillah yang dikatakan ‘diganggu’ semasa menginap di sebuah pusat peranginan semasa melakukan penggambaran.
Terhidu bau busuk yang kuat di sekitar lif

Menerusi video yang dimuatnaik dalam laman Instagramnya, Bella Astilah memberitahu kejadian berkenaan berlaku semasa dia berusia 9 tahun dan pada ketika itu dia bersama-sama keluarganya termasuklah adiknya, Didi Astilah yang baru selesai menjalani penggambaran untuk satu album kanak-kanak tetiba terhidu bau yang sangat busuk sepanjang jalan ke lif mereka.
“Lift pun terbuka dan kita nampak ada sepasang suami istri berbangsa India. Dia tanya ayah ‘bang nak duduk sini ke? dan ayah Bella cakap ‘haah ya’ terus dia cakap ‘oh hatilah ya bang’.
Katanya, pihak produksi telah menyediakan tempat tidur untuk mereka sekeluarga di satu kondominium yang agak dekat dengan lokasi penggambaran mereka.
Difahamkan, bukan sahaja kejadian bau busuk tersebut malah ada banyak lagi perkara yang aneh berlaku pada keluarganya termasuklah kejadian apabila ibunya ditarik dan leher dicekik.
“Yang paling takut, mama kata nak pergi tandas. Mama nampak dalam bathtab ada wanita tengah baring bermabut panjang berjurai tapi muda tak nampak dan sedang duduk dalam air yang berwarna mereka seperti darah”
Kongsinya lagi, sejurus kejadian ibunya pengsan tidak sedarkan diri dan ayahnya bergegas membawa ibu ke katil. Secara tiba-tiba, ibunya meracau dan bertindak mencekik dirinya sendiri.
Tanpa memikirkan apa-apa, ayahnya terpaksa menampar mamanya beberapa kali barulah ibunya sedar.
Bukan itu sahaja, ada kejadian di mana secara tiba-tiba cerek elektrik berbunyi dan televisyen terpasang sendiri walaupun sudah berkali-kali ayahnya tutup.
Kondominium tu seperti tiada berpenghuni
Tambah Bella, mereka sekeluarga tidak dapat sehinggalah waktu Subuh dan mengambil keputusan untuk pulang kerana tidak tahan dengan gangguan yang diterima.
Lebih menyeramkan, pada malam mereka sampai ke kawasan penginapan ini kelihatan seperti penuh kereta sehinggakan ayahnya terpaksa menjadi parkir di luar kawasan tersebut. Sebaik sahaja keluar dari kondominium tersebut, mereka mendapati kereta yang penuh pada malam itu kosong dan sunyi seperti tiada siapa yang menginap di situ.
Jelasnya lagi, walaupun kisah ini sudah lama tetapi peristiwa yang berlaku masih belum boleh lupa dan dia ingat sehingga hari ini. Seramkan?
KLIK SINI untuk video penuh.
View this post on Instagram
Sumber: Bella Astilah