Ikan puyu sering dikaitkan dengan bermacam-macam mitos. Ada yang mengaitkan ikan air tawar ni dengan perkara-perkara mistik, malah ada juga yang mengaitkan ikan puyu dengan perubahan musim.
Hari ini, tular sebuah video pendek menunjukkan berpuluh-puluh ekor ikan puyu naik ke darat di luar sebuah surau di daerah Tanjong Karang. Warga net rata-rata mengaitkan insiden ini dengan petanda banjir, malah ada juga yang menganggap itu rezeki warga setempat.
Peristiwa ikan puyu naik ke darat ini bukanlah benda baru. Tambah pulak kawasan air tawar kat Malaysia dah memang habitat dia. Tapi kalau dah naik sebanyak ni memang ajaib betul.
Sumber: Kosmo