Mak-mak di rumah mesti berdepan dengan masalah untuk nyah beku bahan mentah yang baru keluar dari peti sejuk, tambah-tambah lagi yang tak ada microwave atau ketuhar micro gelombang tu.
Tetapi, lepas korang lihat barang di bawah, mesti masalah ini akan selesai dengan sekelip mata sahaja. Ya la, tak perlu ambil masa yang lama untuk rendam ayam, ikan dan bahan mentah yang lain. Guna je ‘alat ajaib’ yang dikenali sebagai defrost tray.
Mesti korang pelik kan sebab rupanya seakan papan pemotong, tetapi wanita yang dikenali sebagai Huda Zainal ini sudah menggunakannya dan ianya sangat berbaloi. Jadi, para wanita yang bergelar ‘chef’ di rumah patut ada satu papan nyahbeku ini di rumah korang.
Benda alah ni suami belikan masa #PKP. Serious memang sangat berguna sangat untuk yang jenis tak decide nak masak apa.
Ilham nak masak apa tu datang last minit. Tambah dengan tak ada microwave di rumah. Biasa nak nyah sejuk beku ni makan masa agak lama. Semenjak ada defrost tray ni tak lah lama nak menunggu dekat dapur bila tak keluarkan awal-awal lauk beku.
Biasa sebekas ayam ni guna defrost tray dalam 35 – 45 minit dah lembut. Tanpa perlu rendam pun dalam air.
Nanti tray akan jadi sejuk macam pegang ais. Memang ajaib namun terbukti berkesan.
Kat shopee kalian boleh je buat carian “Defrost Tray”. Masa tak glamour lagi benda alah ni harga dia RM12 je.
Cuma masih berbaloi beli daripada nak beli microwave kan. Selamat bershopping. Penting ada peralatan yang boleh kurangkan masa berlama-lamaan dekat dapur ni.
Sumber: Qaseh Illah via Huda Zainal