Siakap Keli

“Buat Laporan Polis,” Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Jika Jadi Mangsa Rogol Atau Gangguan Seksual

Kes rogol atau gangguan seksual ini bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat kita. Walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan namun orang ramai masih perlu mempunyai pengetahuan untuk bertindak sekiranya berlaku kepada kita atau keluarga terdekat.

Tidak dinafikan, kebanyakan mangsa kes seperti ini malu untuk tampil diri kerana ketakutan dan bimbang dengan ugutan dan terus mengelak dari membuat laporan sehinggakan ada yang berdepan dengan ancaman nyawa.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak salahkan mangsa. Mungkin jika mereka bertindak, nyawa mereka atau nyawa keluarga tergadai.

Jadi, Public Health Malaysia (PHM) telah berkongsi beberapa saranan yang wajib mangsa kes rogol dan gangguan seksual perlu ambil tahu.

Di bawah adalah info jika anda mangsa gangguan seksual.

Sekali lagi, ditegaskan bahawa isu rogol dan gangguan seksual ini bukanlah isu untuk dijadikan bahan jenaka seseorang. Isu ini sangatlah serius  jika kita tidak memandang serius dengan kejadian ini, pelaku akan lebih berani dan akan mengulangi kesilapan yang sama.

Bahkan sekiranya tiada langkah awal yang diambil untuk membantu mangsa, kemungkinan besar akan berlaku perkara yang lebih teruk dan mengundang bahaya terhadap diri mangsa sendiri.

 

Sumber: PHM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang