Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan puluhan ikan puyu yang naik ke darat berdekatan sebuah surau di daerah Tanjong Karang.
Dianggap jarang berlaku, ramai yang tertanya-tanya mengenai ‘fenomena’ tersebut dan ada yang mula menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk mengatakan ia sebagai tanda-tanda bakal berlakunya bencana.
Susulan itu, Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang, Najihah, memberikan pencerahan berkaitan isu itu menerusi bebenang di Twitter miliknya.
Menurutnya, ikan puyu sememangnya sering ‘berhijrah’ ke kawasan lain dan boleh bergerak jauh selagi badan kekal basah.
Ia juga tidak dianggap sebagai fenomena kerana sifat ikan puyu memang sebegitu.
Nak tahu lebih jelas, ikuti perkongsian di bawah ini.
Ikan puyu naik darat ni bukan fenomena ye. Ini memang sifat dia. Puyu naik darat ni bukan jadi di Kedah je, tp juga di negara lain. Ikan puyu ni native di Southeast Asia. Ada jg rekod ikan puyu ni dh memasuki Australia.
— jia you (@jiasara) August 19, 2021
Puyu ni memang spesis tahan lasak dan ada air-breathing organ yg membolehkan dia survive tanpa air untuk beberapa hari while badan masih lembap
— jia you (@jiasara) August 19, 2021
Ramai tanya puyu ni dua alam ke. Puyu bukan dua alam ye. Dia boleh hidup lama di darat as long as badannya/insang tak kering. Sama mcm ikan keli atau haruan atau ketam nipah
— jia you (@jiasara) August 19, 2021
Diharapkan penjelasan yang telah dikongsikan oleh Najihah ini boleh membuka mata orang ramai mengenai keadaan sebenar ikan puyu itu dan tidak menimbulkan spekulasi yang boleh memberikan ketakutan kepada orang awam. Semoga bermanfaat.
Sumber: jiasara