Bakal menamatkan zaman bujang, pelakon pujaan ramai, Remy Ishak akan melangsungkan pernikahan pada pagi ini.
Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo, Remy akan bernikah dengan usahawan, Ezza Yusof di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Debaran menanti saat bahagia kian dirasai terutama buat Remy yang akan melafazkan akad nikah. Berkongsi kepada peminat di Twitter, Remy nampaknya sedang mengumpul semangat buat dirinya untuk menghadapi saat-saat tersebut.
Katanya menerusi ciapan itu, dia pasti boleh melakukannya (akad nikah) kerana sudah berlatih banyak kali di dalam drama.
“I can do this! Dah rehearsal banyak kali dalam drama kot. Come on!,” katanya.
i can do this ! dah rehearsel banyak kali dalam drama kot. come on!
— Remy Ishak (@remy_ishak) August 21, 2021
Ciapannya itu dibanjiri dengan komen netizen yang memberikan semangat buatnya dan mengucapkan tahniah.
Tidak kurang juga, nampaknya ada peminat-peminat wanita yang ‘patah hati’ dengan pernikahannya namun dalam masa sama mendoakan kebahagiannya.
Sumber: Remy Ishak