Siakap Keli
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - BERNAMA

Ini Adalah Cabaran Untuk Kita Bekerja Lebih Gigih Bagi Menghadapi PRU-15 – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili pihak pembangkang menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini.

Bagaimanpun, Presiden PKR itu menegaskan, ini merupakan cabaran bagi pihak pembangkang untuk bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

“Bagi pihak pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada Pilihan Raya Umum yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam pada itu, rakyat juga diseru untuk bersama-sama berdoa dan berusaha agar krisis pandemik Covid-19 serta ekonomi negara dapat diatasi segera demi rakyat.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin nombor satu negara selepas tidak sampai dua bulan mengisi jawatan timbalan perdana menteri,

Sumber: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.