Siakap Keli

Kajian Terbaru Dapati Varian Delta Boleh Tumbuh Dalam Hidung-KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan mengenai kajian terbaru yang mendapati bahawa varian Delta boleh tumbuh di dalam hidung individu yang telah mendapat suntikan vaksin.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau mengatakan bahawa satu kajian awal dalam kes jangkitan breakthrough menunjukkan varian Delta boleh tumbuh dalam hidung individu yang telah divaksin pada tahap yang sama dengan individu yang belum divaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksin,” katanya.

Ia bermakna orang yang telah divaksin tetap boleh menyebarkan virus dan menjangkiti orang lain.

“Kajian yang dijalankan di hospital India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga menunjukkan bahawa terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang individu sama ada mereka telah divaksin atau belum,” katanya.

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan bahawa individu yang telah divaksinasi pasti akan dilindungi daripada jangkitan dan kematian yang teruk serta mengurangkan kemasukkan ke hospital.

“Justeru, sila dapatkan vaksin,” katanya.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.