Siakap Keli

‘Sultan Melaka’ Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid-19

Individu yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’, Noor Jan Shah, 64, dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi, dipercayai akibat jangkitan Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan di laman Facebook peribadi Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini.

”Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja NoorJan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat mak engku Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Difahamkan, jenazah Noor Jan Shah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves pada pukul 3 petang tadi.

Mengimbas kembali, arwah yang juga seorang ahli perniagaan pernah mencetuskan kontroversi ramai apabila mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka.

Dia turut pernah dihadapkan di mahkamah pada 2016 atas empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, sebelum dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tersebut pada 2018.

Gambar: FB Abdul Rani Kulup Abdullah

Sumber: FB Abdul Rani Kulup Abdullah, Kosmo

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.