Dianggarkan sebanyak 779 guru di Johor menolak pemberian vaksin, menurut keterangan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin kepada guru-guru tersebut.
Berita penolakan vaksin 779 guru di negeri ini telah diambil maklum oleh Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ismail.
Tunku Ismail dalam kenyataanya di laman Twitter berkenan untuk berjumpa Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru tersebut dalam masa terdekat.
Baginda bertitah, keutamaan negeri Johor adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Hantaran Tunku Ismail ini berbentuk maklum balas dari salah seorang warga net meminta hal ini diambil tindakan serius oleh baginda.
Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. https://t.co/gOe15L6RKQ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 22, 2021
Sumber: Putera Mahkota Johor, Sinar Harian