Siakap Keli
Gambar Hiasan via The Guardian

Harga Bitcoin Naik Lebih RM200K, Pertama Kali Terjadi Sejak Mei 2021

Harga Bitcoin kembali mencanak naik melepasi $50 ribu atau kira-kira RM211 ribu hari ini selepas mata wang kripto kembali meningkat.

Menurut laporan AFP, unit tersebut meningkat sebanyak dua peratus dan merupakan peningkatan paling tinggi sejak pertengahan Mei lalu.

Mata wang tersebut mengalami penyusutan selepas China mengharamkan dan membanteras perlombongan bitcoin di negara mereka. Malah pemilik Tesla, Elon Musk turut menolak transaksi mata wang kripto, mengambil kira kesan perlombongan terhadap alam sekitar.

Syarikat automotif gergasi itu sebelumnya pernah menunjukkan sokongan terhadap penggunaan bitcoin, malah turut menarik minat pelabur berprofil tinggi, pemilik laman sosial Twitter, Jack Dorsey.

Nilai bitcoin meningkat lebih 70 peratus selepas berada di bawah $29 ribu (kira-kira RM122 ribu), enam bulan pertama tahun ini. Memetik laporan AFP, timbul spekulasi yang mata wang kripto ini mampu meningkat hingga $100 ribu (kira-kira RM422 ribu) kelak.

Sumber: AFP

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.