Siakap Keli
Foto: Dailymail

“Penyewa Dari Neraka,” Bilik Tidur Dibuat Tempat Buang Najis, Rumah Sewa ‘Jahanam’ Buat Tuan Rumah Tergamam

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baru pada zaman sekarang. Sudah banyak isu tentang perkara ini bukan hanya di dalam negara malah di luar negara juga mempunyai masalah yang sama.

Bila awal masuk rumah kelihatan cantik, namun bila sudah ditinggalkan keadaan rumah ini seperti ‘tongkang pecah’ dibuatnya.

Sama seperti kisah pemilik sebuah rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah setelah disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’.

Tuan rumah yang dikenali sebagai Ian Twigg ini menceritakan keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa mengupah pencuci profesional bagi melakukan kerja pembersihan.

Keadaan rumah yang terlalu kotor dan dipenuhi dengan tisu yang jijikkan kerana dipenuhi dengan najis dibuang di merata tempat.

Katanya lagi, penyewa dari ‘neraka’ yang tinggal di rumah sejak 2 tahun lalu bukan hanya mengotorkan rumahnya malah tidak membayar sewa hingga tertunggak selama enam bulan. Lebih geli lagi apabila kesan air kencing di merata tempat termasuklah di atas karpet dan belakang kabinet televisyen.

“Mereka jadikan salah satu bilik di rumah tersebut sebagai tempat khas untuk membuang najis dan dijadikan tong sampah…”

Katanya lagi, mereka mengeluarkan lebih daripada 60 bungkus plastik hitam yang dipenuhi dengan sampah dan najis dari salah satu bilik sahaja. Bayangkan, berapa banyak plastik lagi yang akan digunakan untuk memcuci satu rumah tersebut.

Twigg mengalami kerugian yang besar hanya kerana untuk pembersihan di rumahnya ini. Mujur tiada kerosakan yang besar tetapi beberapa barang rumahnya rosak dan hilang.

Bagaimanapun, dia terpaksa menjarakkan tempoh untuk penyewa yang baru walaupun sudah selesai sesi pembersihan di dalam rumah tersebut.

 

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang