Hanya satu sahaja beg darah berjaya diperoleh dalam Kempen Derma Darah yang dijalankan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) melalui laman Facebook rasmi menyeru warga Pulau Pinang yang layak menderma darah untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada pesakit yang memerlukan.

Sejak Jun lalu, bekalan darah di Hospital Pulau Pinang semakin susut berbanding permintaan yang tinggi untuk kegunaan pesakit.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, hubungi: 04-2225161 atau mesej terus ke Facebook Derma Darah Penang.
Sumber: KKM, Derma Darah Penang