Siakap Keli
Gambar: Tokyo2020

“Kami Suka Pakaian Anda,” Busana Kontinjen Paralimpik Malaysia Raih Perhatian Dunia

Busana perwakilan Malaysia sekali lagi meraih perhatian dunia, kali ini di majlis pembukaan Sukan Paralimpik di Tokyo hari ini.

Sebelum ini, persalinan berinspirasikan pemakaian Hang Tuah oleh kontinjen Malaysia telah mencari tumpuan ramai ketika perarakan pembukaan tirai Olimpik Tokyo yang lalu.

Terbaru, persalinan kontinjen paralimpik Malaysia pula mendapat fokus dan pujian sepertimana yang dizahirkan oleh akaun rasmi penganjur sukan berkenaan di laman Twitter.

“Kami suka pakaian anda, Malaysia,” tulis akaun tersebut.

Rata-rata warga maya tumpang berbangga atas pujian berkenaan.

Malaysia di mata dunia

Cantik sangat, love from Malaysia

Songket dan coraknya ringkas dan cantik

Memetik Bernama, acara Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ini berlangsung bermula hari ini sehingga 5 September akan datang. Malaysia menyasarkan tiga pingat emas dalam sukan kali ini, lapor portal itu.

Sumber: Tokyo2020, Bernama

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.