Kebanyakan sliding door pada awal pemasangan tidak mempunyai masalah, ia dapat ditarik dan ditolak dengan mudah. Namun begitu, lama kelamaan sliding door akan menjadi ketat dan susah untuk digerakkan ke kiri dan ke kanan. Masalah sebegini bukanlah perkara baharu. Boleh dikatakan ramai juga pemilik rumah atau mana-mana kediaman yang ada sliding door ini pasti akan berdepan dengan masalah yang sama. Sebenarnya, apa punca yang menyebabkan sliding door menjadi ketat?
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Syahman menerusi video di laman Youtube miliknya, salah satu kemungkinan punca adalah disebabkan roda yang terdapat pada sliding door itu sudah tidak berfungsi. Kedua, mungkin sliding door tu sudah terkeluar daripada landasan dan landasan itu pula sudah kotor dan berkarat.
Ha, korang yang sedang menghadapi masalah sliding door yang sukar digerakkan tu janganlah khuatir. Berikut dikongsikan cara-cara untuk sliding door tu kembali lancar. Senang je rupanya.
Sumber: Syahman The DIYman