Siakap Keli
Gambar Via The Wall Street Journal

Warga Australia Cadang Ahli Politik Jalani Ujian IQ, Hanya Mahukan Yang Cerdik Tentukan Masa Depan Mereka

Di mana-mana negara sekalipun, sukar bagi ahli-ahli politik untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai terutama dalam keadaan dunia pada ketika ini yang menghadapi pelbagai krisis besar termasuk pandemik COVID-19.

Namun, rakyat di Australia telah mengemukakan cara yang paling mudah untuk memilih ahli politik yang betul-betul layak menerima jawatan mereka.

Portal Ladbible melaporkan bahawa ramai individu di negara itu yang meminta agar ahli-ahli politik diuji tahap IQ mereka.

Seorang wartawan, Peter Gleeson, telah mencadangkan agar wakil Queensland menjalani ujian mandatori atau menghadapi pemecatan jika mereka menolak atau mendapatkan skor yang rendah.

Mereka juga diminta untuk menjalani kuiz kepintaran untuk melihat sama ada mereka sanggup menghadapi cabaran itu.

Difahamkan, penduduk yang tinggal di Sunshine State rata-ratanya memiliki skor IQ sebanyak 99. Justeru, ahli politik digesa untuk mendapatkan skor yang lebih tinggi dari itu untuk terus bekerja.

“Mereka merupakan orang-orang yang menentukan masa depan kita, membahaskan undang-undang utama dan menetapkan dasar yang seharusnya mencerminkan harapan masyarakat.

“Ini adalah tanggungjawab besar tetapi sebahagian ahli Parlimen dan Menteri Kabinet nampaknya seperti jauh panggang dari api.

“Kenapa kita perlu membiarkan ahli politik yang tidak bijak merosakkan hidup kita?,” kata Gleeson.

Idea itu telah dicetuskan dari kemarahan kolumnis terhadap undang-undang keadilan belia negara.

Bagaimanapun, ahli politik di negara itu dijangka tidak akan mudah tunduk kepada gesaan untuk menjalani ujian IQ tersebut kerana keputusannya juga akan diterbitkan secara terbuka.

Sumber: Ladbible

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.