Siakap Keli

Jadi Kegemaran Dari Dulu Sampai Sekarang, Ini 5 Sebab Kenapa Tudung Bawal Kekal Relevan Kat Malaysia

Bercakap pasal tudung, sekarang ni ada macam-macam fesyen tudung yang kita nampak ‘menguasai’ dunia hijab. Dari jenis material sampailah cara penggayaan, memang takkan habis kalau nak ulas, punyalah banyak.

Tapi ada satu fesyen tudung ni yang masih relevan atau bak kata orang, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sampai sekarang dah tahun 2021 pun orang masih pakai tudung ni. Apa lagi kalau bukan tudung bawal.

Tudung bawal memang dah tak asing lagi untuk para hijabista, khususnya di Malaysia.

Fesyen tudung bawal ni sejak dari zaman mak-mak kita lagi dah wujud. Tapi apa yang membuatkan tudung bawal ni masih diminati sampai sekarang?

1. Selesa

Pakai apa-apa pakaian pun mesti benda first sekali kita cari adalah keselesaan. Sama juga kalau pakai tudung, sudah pasti para hijabista di luar sana nak tudung yang selesa, tambah-tambah pulak nak pakai seharian kan.

Yang bestnya kalau pakai tudung bawal ni, nak buat apa-apa aktiviti baik bekerja, bersukan atau makan sekalipun, langsung tak rasa terganggu. Masa makan tu nak bukak mulut luas mana pun no hal lah!

2. Mudah digayakan

Kredit: Tudung Fareha

Tudung bawal sangat mudah digayakan sebab pemakai boleh ikut citarasa masing-masing. Nak belit-belit ke, nak selempang je ke, semua boleh. Malah tudung bawal ni jugak boleh digayakan macam selendang atau shawl. Bukan itu je, tudung bawal sesuai dikenakan dengan pelbagai busana. Nak pakai sehari-hari atau untuk majlis pun tak ada masalah, tinggal tukar style je.

3. Banyak pilihan

Di samping mudah digayakan, tudung bawal ni ada banyak pilihan yang boleh kita dapati di pasaran. Ikut selera masing-masing, suka yang kosong ke, sulam, atau yang ada batu-batu, semua senang nak dapat.

Pastu sekarang timbul pulak fesyen bawal printed bermacam-macam motif. Senang cerita, semua orang boleh pakailah tudung bawal ni. Banyak sangat pilihan tersedia, tambah pulak zaman online shopping ni kan.

Kredit: Tudung Fareha

4. Sederhana tapi sopan

Sesuai dengan imej wanita Melayu, tudung bawal membuatkan pemakainya nampak manis dan sopan je. Gaya yang dikenakan pada tudung bawal ni pun tak keterlaluan. Sesuai sangat lah kalau nak jumpa mak mertua, mesti tak kena reject punya.

5. Beri efek anggun

Setiap wanita mesti la nak sentiasa nampak anggun dan elegan. Bila kita yakin dengan apa yang kita pakai, maka terserlah keanggunan kita sebagai wanita. Mengenakan tudung bawal boleh timbulkan keyakinan tu.

Tak dinafikan, bila pakai tudung mesti kita risau dengan bentuknya. Tapi tudung bawal ni pulak sesuai dengan pelbagai bentuk muka, adjust je ikut keselesaan, dah nampak anggun seharian.

Macam hijabsister kita dalam gambar ni, anggun je kan. Less is more lah kata orang.

Kredit: Tudung Fareha

5 benda tu semua ada kat satu tudung ni

Boleh jamin para hijabista kat Malaysia ni mesti pernah dengar Tudung Fareha kan? Ha kalau korang nak tahu, lima ciri tudung bawal kat atas tu semua ada kat Tudung Fareha.

Kenapa Tudung Fareha meletup sangat?

Tudung Fareha dah jadi fenomena dah di Malaysia, kat mana-mana pun mesti orang cakap pasal tudung anti-kedut ni. Material premium Tudung Fareha ni rasa sejuk je bila pakai, sangat sesuai dengan cuaca Malaysia.
Tudung Fareha ni jugak ada satu kelebihan yang jarang ada pada tudung bawal lain iaitu tak payah gosok.

Dah la pilihan pun banyak, cantik-cantik pulak tu. Koleksi bawal printed dari Tudung Fareha ni serius buat rambang mata. Rasa nak borong je semua!

Combo Merdeka Tudung Fareha

Tapi itulah, Tudung Fareha ni pantang keluar koleksi bawal baru, sepantas Usain Bolt dah lesap. Banyak betul peminat Tudung Fareha ni.

Berita baik untuk korang yang macam admin jugak, selalu tertinggal train nak grab koleksi bawal printed kegemaran ramai ni, Tudung Fareha ada buat Combo Merdeka tau.

Bermula 20 Ogos sampai 31 Ogos ni, korang boleh dapatkan koleksi Chanella atau Bak S.E dengan harga combo. Pilih dua helai dari koleksi Tudung Fareha yang sama (Chanella atau Bak S.E) dengan harga serendah RM50. Kalau nak lagi berbaloi beli empat, RM90 je!

Terpulang la kat korang nak kongsi dengan kakak, adik, emak atau kawan-kawan. Yang penting kena cepat, nanti gigit jari!

Eyla Azri