Siakap Keli
Gambar: Mohd Shahfazreen

Lepas 6 Bulan Dah Kurus, Abang Ni Kongsi 7 Tips Diet Berkesan Guna Apa Yang Ada Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau perasan, kebanyakan orang yang berazam nak diet ni mesti ‘mind set’ nya berfikir, mereka perlu beli macam-macam benda. Nak makan sihat, ‘wajib’ beli brokoli. Nak bersemangat bersenam, ‘wajib’ beli watchband.

Mungkin semua itu betul, boleh membantu kita berdiet dengan lebih sempurna. Tapi tidak pada Mohd Shahfazreen, sebaliknya beliau berprinsip untuk tidak menunggu agar semuanya ‘lengkap’ baru nak mula. Malah apa yang ada di tangan, dia terus ‘on’ saja.

Mari ikuti perkongsian menariknya di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Tak perlu tunggu ‘lengkap’, diet je terus guna apa yang ada

Gambar: Mohd Shahfazreen

“Kalau dulu still tunggu sampai pandai tentang diet, reti pasal senaman mesti hari ini aku masih sama.” Aku cakap dalam hati.

Masa mula yang aku tahu cuma nak kurus, nak makin sihat & cergas. Itu ja. Tak tahu teknik senaman macam hari ini, tak kenal pun 101 jenis diet, tak ada geng nak buat sama.

Nak saiz, cergas, sihat macam mana pun tak tau. Dari kecik aku dah obesiti. Tak dapat nak bayangkan. Duit terhad, student lagi. Nak upah coach untuk ajar, pergi gym, beli supplement kurus semua diluar kemampuan.

Tapi aku betul nak kurus, nak sangat.

1. Nak belajar pasal diet coach tak ada, jadi aku mulakan dengan membaca untuk dapatkan sikit ilmu pasal pemakanan.

  • Baca kat internet, buka blog, fahamkan tentang keluar masuk kalori, BMI ideal dan skill nak kawal nafsu makan.
  • Baca banyak kali. Dapat faham konsep nak kurus kalori guna kena lebih dari kalori makan.

2. Nak bersenam tak reti pula, kasut sukan pun tak pernah ada. Cuma ada selipar Asadi biru.

  • Aku buat jalan laju-laju tiap petang. Selain tu aku selalu masuk mall & tawaf atas bawah nak bagi bakar kalori banyak-banyak sambil cuci mata.
  • Pergi kelas jalan kaki, balik rumah naik tangga. Sungguh!

3. Nak masuk gym buat senaman budget tak mengizinkan. Aku buka Youtube, fahamkan macam mana nak buat ikut teknik.

  • Beli dumbell plastik warna hijau, buat dalam bilik tidur tiap malam sambil berjalan dalam rumah.
  • Senaman asas je, yang advance aku tak buat. Ada baca masa itu boleh cedera slipdisc kalau tersilap buat. Hati-hati juga.

4. Nak cari kawan sama-sama lagi semangat tak ada masa tu, yang suka makan ramai. Kahkah!

  • Tak apa lah, kena terus juga. Ini kan impian sendiri.
  • Aku tonton kisah kejayaan orang dah kurus, rancangan biggest looser. Tengok depa ‘struggle’ menangis, menjerit dan melawan perasaan untuk nak kurus. Kuatkan semangat sendiri gais.

5. Nak makan ‘eat clean’, menu diet canggih bagai waktu itu aku ini tak reti memasak.

  • Aku makan macam biasa, nasi ayam penyet ke apa dan kawal saiz hidangan. Masa tu cuma tahu kurang kalori boleh kurus.
  • Paling canggih pun aku beli biskut gandum jenama Digestive. Makan la 2 keping sehari buat ‘snacking’.

6. Nak ada jam canggih yang boleh tengok berapa kalori dibakar masa bersenam tapi duit belum cukup.

  • Caranya setiap kali senaman aku luangkan 45 minit. “Belum ada jam tak apa lah, guna cara manual dulu asal bakar kalori”. Selalu duk sebut gitu kat diri sendiri.

7. Nak putus asa. Itu paling best. Dari gambar pertama jadi yang tengah tu, ambil masa 6 bulan.

  • Bulan ke-3 dah malas nak teruskan sebab berat turun tapi kenapa saiz tak kurus. Rasa nak makan banyak banyak macam dulu.
  • Waktu tu fikir balik dah usaha, diet, senaman bagai berbaloi ke putus asa dan balik ke gaya hidup lama? Aku tengok cermin, cakap kat diri. Minta dia sabar, kuat dan terus buat.
Gambar: Mohd Shahfazreen

Lepas 6 bulan dari gambar pertama jadi gambar ke 2 tu. Kurus ya amat kan. Hasil ilmu dan kemampuan setakat 6 bulan. Lepas tu baru aku dapat belajar lagi dan upgrade hingga gambar ke-3.

Bayangkan kalau tunggu sempurna semua benda tadi baru aku nak mula? Mungkin 130 kilogram bertambah jadi 160 kilogram. Mungkin juga dah ada sakit lain hari ini.

***

Kalian nak kurus, turun berat badan, nak sihat mula ja dari mana pun. Mula je dengan apa yang ada. Baca, cari ilmu sikit dan buat dulu mana yang kita faham. Demi masa, sikit sikit kita improve.

Semoga bermanfaat. Begitulah.

Coach Shahfazreen
Kita buat dulu kemudian adjust.

Sumber: Mohd Shahfazreen

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.