Siakap Keli
Kredit: Anna Aqiesya

Tak Sempat Cedok Nasi, Geli Tengok 2 Cicak Tengah ‘Berasmara’ Dalam Periuk, Warganet Rasa Nak Buang Sekali Periuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai yang geli geleman dengan makhluk bernama cicak ini. Sekali direnungnya, terus tak jadi masuk tandas. Risau kalau-kalau si reptilia melompat atas kepala.

Selain itu, kejadian cicak masuk ke dalam minuman atau makanan sudah tentu membuatkan kita teringat-ingat walau dah bertahun melaluinya.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi gambar di mana dua ekor cicak sedang asyik ‘berdating’ dalam periuk nasi di rumahnya. Kongsi Puan Anna Aqiesya dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, dia membuka sedikit periuk berkenaan untuk mengeluarkan haba nasi sebelum dicedok.

Baru sahaja tinggal sekejap, tup tup dah ada dua ekor cicak yang bersemadi di dalamnya. Jelasnya, salah seekor dari cicak itu telahpun lembik dan berwarna kemerah-merahan dipercayai kerana panas.

“Saya buka nak sejukkan nasi. Anak nak makan. Buka sikit jer sebab tu periuk Dessini. Bukak bagi keluar haba dalam tu.

“Saya pegi depan, dah tu nak makan nasi.. Tengok-tengok terselit kat situ,” kongsinya.

“Yang bawah dah arwah. Lembik, jadi merah dah. Mungkin kena haba panas, tu kan periuk wap tinggi. Kena keluarkan haba dia dulu..,” tambahnya.

Tambah wanita itu, dek kerana geli, anak-anaknya tidak jadi memakan nasi tersebut selain menanti kepulangan suami untuk membuang dua haiwan berkenaan.

“Masak tu dah jadi, yang tak jadinya kat sini..”

Kredit: Anna Aqiesya
Kredit: Anna Aqiesya

Perkongsian itu telah mendapat lebih 3.1 ribu tanda suka dan 1.3 ribu komen daripada warga maya. Rata-rata netizen yang melihat kiriman berkenaan meluahkan kegelian mereka jika berhadapan dengan situasi serupa.

“Cicak ni kan saya perhati memang perangai jahat.. berak atas pinggan la.. atas nasi la..”

Cicak yang sama mungkin

Sekarang musim sejuk, dia nak suasana suam panas

Sebulan tak makan nasi kalau macam ni

Kes tangkap basah ni

Lapor kat pejabat agama ada makhluk buat maksiat; buang terus periuk

Kredit: Anna Aqiesya via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.