Siakap Keli
Gambar: Google/Starbucks Malaysia

Timbul Dakwaan Premis Starbucks Malaysia Disahkan Haram, JAKIM Tampil Perjelaskan

Bahagian Hab Halal JAKIM mengesahkan premis makanan Starbucks Malaysia mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Perkara ini kembali berbangkit apabila terdapat tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa premis makanan berkenaan telah disahkan haram oleh JAKIM.

“Perlu diketahui bahawa Starbucks Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah dan dakwaan dalam tular tersebut adalah TIDAK BENAR.

“Pengguna juga boleh memperoleh informasi dan penjelasan berkenaan status halal secara terus dari pihak syarikat di https://starbucks.com.my/our-halal-policy.html ,” tulis kenyataan terbabit.

Lantaran itu, JAKIM mengingatkan orang ramai agar berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu khabar berita tanpa diketahui status kebenarannya.

Bagi mengetahui status halal produk dan premis makanan, anda boleh mengunjungi Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau ikuti penjelasan isu semasa di sini.

Sumber: Bahagian Hab Halal JAKIM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.