Seorang wanita mendakwa terlihat satu penampakan ‘menolak’ anaknya turun ketika bermain permainan papan gelongsor di sebuah taman di Mexico.
Lapor The Sun, wanita itu hanya menyedari kewujudan penampakan tersebut ketika menonton klip rakaman semasa anak perempuannya sedang bermain.
Rakaman itu menunjukkan penampakan seperti kepala sedang terapung di belakang kanak-kanak tersebut tanpa pengetahuannya.
Berasa seram dengan penampakan tersebut, si ibu telah memuatnaik rakaman berkenaan di laman Facebook miliknya.
“Saya tak tahu nak muatnaik atau tidak, tapi saya putuskan untuk kongsikannya. Ia berlaku kepada anak perempuan saya empat hari lalu,” tulis Hernandez Blankhaa.
“Saya beritahu orang lain yang saya terkejut dan minta mereka lihat sama. Anak saya dan ayahnya berasa takut,” tambahnya.
“Setiap kali saya tengok, saya berasa seram.”
Sumber: The Sun UK