Siakap Keli
Kredit: The Sun UK

(Video) Macam Tengah Menyorok, ‘Wajah Misteri’ Di Bawah Jambatan Bikin Meremang

Satu penampakan seram di bawah sebuah jambatan di Amerika Syarikat telah dikesan melalui aplikasi Google Earth, membuatkan orang ramai berasa seram.

Memetik The Sun, penemuan itu dipercayai berada di sebuah jambatan di sebuah lebuhraya di New York.

Menerusi video dikongsikan Hidden on Google Earth, kelihatan gambaran seperti ‘wajah’ berwarna putih ketika video tersebut di zum masuk. Melihat kepada video itu, ‘wajah misteri’ yang dikatakan itu seakan-akan menyorok di bawah jambatan tersebut.

@hidden.on.google.earth

ok now I’m scared !!! #scary #creepy #googleearth #googleearthfind #foryoupage #featureme #trending #viral

♬ original sound – Google Earth

Bagaimanapun, sebahagian individu percaya, gambaran itu berkemungkinan adalah merupakan struktur jambatan itu sendiri yang kelihatan seperti wajah dengan dua mata.

Ada juga yang percaya ia sebahagian daripada grafiti di lokasi berkenaan.

Pun begitu, ada penonton yang membandingkan imej tersebut dengan watak Joker atau Pennywise dalam filem It, lapor The Sun.

Anda boleh melihat sendiri imej tersebut menerusi Google Earth pada koordinat berikut, 42°26’35.24″N 76°30’49.09″W.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.